Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 26 April 2012

Nak Tayang Henpon Nokia C3 saya .. hadehhh

Entry ni dibuat khas kerana Syl tetiba gatal teringin nak henpon baru.
Tujuannya semata2 mahu mengingatkan diri Syl betapa 'manisnya' henpon C3 ini.
Walaupun C3 tidak sehebat / seglamer Iphone atau Samsung Tab.. ia banyak berjasa buat Syl.
  • Syl guna hp untuk sms dan call je. Sesuai la C3 kan.
  • C3 ada wireless internet. Office syl takde wireless tpi rumah Syl boleh tarik wireless sekolah sebelah. hehe
  • Kalau outstation gi meeting kat hotel yg ada wireless internet,, C3 sedia berkhidmat untuk Syl
  • Slalu jatuh. Tapi orait je.
  • Pernah jatuh dalam tandas. Syl geli. Syl basuh habis-habisan. Biar seminggu bagi kering. On semula.. pakai semula. hahhaa. Idup lagi ye ko C3.
  • Kemera dia kurang best. takpela. Syl ada kamera Sony yang sentiasa ada dalam handbag.
  • Bateri okay.. charger pun senang nak cari. Kat pasar malam charger nokia harga RM10-15 je. 
hehehe,, maka. Syl rasa tak jadi nak beli hp baru. 
Oyehhhh.. memperkenalkan C3 Syl kepada kalian..taraaaa..
Rupa dah buruk beno. Tapi nampaknya Syl masih sayang kamuu..
*sebenarnya Syl jeles kat enchek Somi yang baru beli Samsung Tab 7+





2 ulasan:

mrs.krie :O) berkata...

hahahaha..kita memang kembar lain mak lain ayah.......aku pon baru je tukar c3:P

Izwa Kamaruddin berkata...

asal boleh call n sms dh cukup kan :)