Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^

Pengikut

Khamis, 12 Januari 2012

Renew Insurans dan Roadtax Kereta Guna Myeg .. Rupa2nya Sangat Mudah. hehe

Sebelum ni saje suka2 isi MYEG. Mulanya nk renew insurans dan roadtax la kununnye.
Tapi bila sampai tang isi borang. Banyk pulak butiran nk diisi. No. Casis la.. No itu ini la..
So boring dan log out. huhu..
Tetiba ada orang MYEG call. Tanya renew insurans dan roadtax keta..
Syl jawab.. Nak Nak Nak.. tpi tak reti. hehehe..
Dia pun kata akan emelkan quote insurans dan roadtax.

Dipendekkan cerita, byran utk Insurans dan roadtax semuanya RM350. (Kereta viva 5thn dah).
insurance price depend on sum insured for the car & the NCB. speaking la pulak.
Tapi lebih murah berbanding kalau bayar kat agen. Agent mintak RM450 you..
Jimat RM100 syl nk beli baju anak. hakhakhak.. oh jauh beza tu.

Pepun,
5 bintang syl bagi kat MYEG.
Syl bayar pukul 4 petang.
Kemudian syl emelkan butiran yg dorang mintak seperti 2nd driver, alamat dan jenis insurans.
Pukul 5 lebih dah dpt polisi insurans through emel.
Esoknya.. road tax selamat sampai kat meja. free delivery. cepatnya! I like.... yippi!
Next year ahkak akan guna servis MYEG lagi. yeyyy..

4 ulasan:

Norazrani Maamin berkata...

betul...mmg cepat service myeg nie..hari tue arra renew roadtax kul 11pg..kul 4 ptg dah sampe opis...best2..hehee

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
Pihak MyEG amat menghargai sokongan Tuan menggunapakai aplikasi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian di MyEG. Walaubagaimanapun pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pihak Tuan bagi membuat proses kemaskini geran untuk urusan tuntutan insuran baru-baru ini.
Untuk makluman Tuan, pembaharuan cukai jalan telah dipermudahkan secara dalam talian dari tahun 2008 dengan kemudahan tanpa geran bagi kemudahan orang ramai. Perkara ini adalah sah disisi undang-undang dan boleh dirujuk pada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan pada seksyen 17). Pembangunan aplikasi secara dalam talian MyEG ini adalah terhadap platform/server e-services di JPJ. Kini, sistem di kaunter JPJ adalah beroperasi di server SIKAP JPJ dan capaian terhadap kedua-dua server ini adalah berbeza. Sehubungan itu, perkara ini telah di bawa ke pengetahuan pihak JPJ dan telah dicadangkan agar kedua-dua platform ini dapat digabungkan bagi memastikan segala proses berkaitan JPJ secara kaunter JPJ mahupun dalam talian di permudahkan kepada orang ramai.
Walaubagaimanapun, sebagai aplikasi tambahan, pihak MyEG menyediakan aplikasi kemaskini geran untuk kemudahan orang ramai dan prosidur yang berkaitan adalah seperti berikut;
PROSIDUR BAGI CETAKAN KEMASKINI MAKLUMAT GERAN.
Sekiranya pemilik kenderaan diminta untuk membuat kemaskini geran (kad Perakuan Pendaftaran JPJK2) bagi tuntutan insuran akibat kemalangan atau faktor lain-lain, proses kemaskini geran boleh dilakukan melalui kaedah berikut;
1) Kemaskini geran di Kiosk LKM –
Sebanyak 192 kiosk LKM disediakan diseluruh semenanjung bagi membolehkan pelanggan membuat kemaskini geran. Pelanggan hanya perlu membuat semakan lokasi kiosk berhampiran anda dengan menghubungi helpdesk MyEG (03-7801 8888) atau pun emel kepada help@myeg.com.my.
2) Hubungi MyEG untuk bantuan Kemaskini Geran –
MyEG juga menyediakan perkhidmatan Logistic Officer (LO) untuk ke alamat pelanggan bagi tujuan pengambilan geran dan proses kemaskini akan dilaksanakan oleh pihak LO MyEG bagi pihak pelanggan. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Pelanggan hanya perlu menghubungi helpdesk MyEG (03-7801 8888) atau pun emel kepada help@myeg.com.my.
Walau bagaimana pun, pihak MyEG mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas apa-apa jua kesulitan yang telah di hadapi oleh En. Mahbob tempohari dan berharap melalui penjelasan yang diberikan, perkara seumpama ini akan dapat di elakkan di masa-masa hadapan.

Sekiranya pihak En. Mahbob mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung terus kepada saya di emel – raja@myeg.com.my atau kepada hasyyati@myeg.com.my untuk penjelasan lanjut.

Sekian, terima kasih

Azam Zaki berkata...

nak buat roadtax makesure tarikh start insurance jangan overlap