Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 22 Disember 2011

Hantar Servis Pam Modu

Haritu Syl bercerita perihal modu yg semakin lemah suction dia kan?
Tapi Syl tak sempat menyempat nak hantar servis ke Sarakids.
Alternatifnya Syl sanggup order pam lain. :D
Amik hat pam segiempat putih yg agak berat tu. (spectra 3 la).
Jadi, selama pam modu berehat. syl pakai S3 ni je.
Selesa gak. tapi syl sgt merindui pam modu yg memiliki suction lembut mcm suction baby.
Bagi syl. suction pam modu lebih selesa/lembut berbanding suction pam S3.
apapun, setiap org berbeza kehendak dan kesesuaiannya. kannn..

Akhirnya syl hantar jugak pam modu untuk diservis.
Tapi org yg menyervis tu takde.
maka dgn muka monyok syl tinggalkan pam kesayangan syl kat sana (sarakids).
Nasib baik asistant farah tu sangat friendly dan polite orangnya.
Lupa namanya. Nurul kot.
Nurul jaga bebaik pam Syl ni ye...
Baiknya Nurul. dibaginya Syl pinjam pam modu yg lain sementara tunggu pam syl siap diservis.
err.. pinjam ke sewa ni? harapnya pinjam la ye dik.
lamo dah ni. seminggu dah tpi tak siap servis lagi.
tak sabar nak mengetest pam modu yg dah servis. hikhikk..

5 ulasan:

ayu berkata...

berapa lama syl pakai sebelum hantar pergi servis ye

Lady of Leisure berkata...

best pakai pump yg suction sama cam baby kan.. :)

Myluv - Syl berkata...

ayu: pakai dlm 4 bulan dear. cepat nk kena servis kan? harapnya lepas ni dah ok.

lady; ye. memang best. tpi s3 tu pun best gak. penyelamat syl tu. haha..

Tanpa Nama berkata...

saya tak recommend guna Modu sbb suction tak bagus & cepat rosak. Nak hantar service pun punyalah susah. Call kedai tak angkat, call handset pun tak angkat, sms tak berbalas. Warranty saya dah nak habis. Saya pos pam ke kedai untuk service, malangnya parcel dihantar balik kpd saya kerana tidak ada org pick up di kedai. Niat asal nak membantu peniaga melayu dgn membeli barangan keluaran kita, tapi bila jadi begini, sedih rasa, terbang duit beratus2 macam tu je... Currently, saya guna Avent 3 in 1...sangat2 bagus..

Tanpa Nama berkata...

saya juga ingin menyatakan kekesalan beli pam modu...sungguh menyakitkan hati..seperti komen 'tanpa nama' diatas..ssh nk service..hantar..tp smpai skrg x dpt blik pam tu..sakitnye hati..ingat nk bantu peniaga melayu...tp dia lepas tngan mcm tu...klu ikutkan hati..nk buat aduan ke tribunal je...pn farah..sy nasihatkan..klu nk release produk di market...tolong guna utk tempoh yg lama..1/2 tahun ke..baru jual dkt customer...skrg mmg sy dh anti dgn produk company anda..kesimpulannya..jgn beli pam modu..nti menyesal!