Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 11 Ogos 2011

Belajar Menyusu Guna Botol

hi.. nama saya Arthur Gade.
kalau tengok pada nama.. bunyinya mcm saya ni seorang yg encem kan.. woahhh..
tapi saya takle encem sangat.
cuma sekali pandang ada iras aaron aziz.
dua kali pandang ada sipi2 shamsul yusof plak..
kalau pandang lama2.. hehehe.. mcm mama la!
Sejak hari pertama kelahiran saya. Mama dah ajar saya guna botol.
Time tu mama masih tidak berjaya mengeluarkan walau setitik kolostrom pun dari tek mama.
Mama sedih. Mama down. Dahle mama bersalinkan saya kat hospital bukan rakan bayi.
Tapi sedetik pun saya tak salahkan mama.
Mama dah cukup penat dan tak larat nak ke hospital.
Saya pulak tak sabar2 nak keluar dari perut. hehe..
Tapi haritu saya minum formula milk brand Anmum tak smpai 1 oz.
Mama kata cukup. Perut saya sebesar guli je time tu.
Saya pulak orait je..
Masuk hari ke dua. Mama dah ada setitik dua susu.
Sukanya hati saya.. yeayy.. dapnye susu mama.
Ada perisa nasi ayam.. sebab papa tak sempat masak lauk berpantang utk mama.
papa belikan nasi ayam. mama tak larat nk bebel. mama bedal je nasi ayam. huhu..
harap mama saya sihat.
Saya?.. oh.. nasi ayam pun sedap maaa..
hari ke tiga. susu mama makin meriah.
dan bengkak pada hari ke empat.
kesian mama. hampir2 demam.
cepat2 mama bangun dan sterilkan botol dan pam.
fuh.. punyala lama pam. tpi dpt 2oz je.
tpi mama bersyukur sesangat. tek dh tak berdenyut.
saya pulak bersyukur sambil tersengih.. kena minum guna botol dan puting tiruan lagi ke?
yakkkss!
mula2 mama sumbat puting jenama pigeon jenis Y cut tu tpi saya tolak guna lidah..
eeiii.. ni mesti stok puting kakak ni. kakak ada bnyk puting baru.
mesti dlm hati mama kata.. "dua-dua pakai jenama yg sama kan senang."
so, saya cuba penuhi kehendak mama.
saya gigit dan gigit puting tu.. mama biarkan je.
mama kata nak bagi saya serasi.
lama2.. okies.. saya boleh terima.
dan saya habiskan 2oz susu mama.
terima kasih mama...
saya akan cuba biasakan diri dgn puting ni.. supaya mama tak susah hati.
mama kata saya good boy.. ye.. saya memang good boy.

3 ulasan:

yatyusz berkata...

Syl tak berurut ker? Klu x berurut mungkin akan masalah bengkak susu atau tersumbat sbb susu x keluar ia masam kat dlm. Kena berurut untuk lancarkan pengeluaran susu badan. Urut tu x bermakna utk urut badan shj bg org berpantang beranak, ia termasuk urut lancarkan susu badan.

OMR (Rose) berkata...

alahai...comeinya 'anak mama' sorang nih...

*aaron aziz eh? wahahaha...tamau kalah! ^_^

Myluv - Syl berkata...

yatyusz;
ada berurut. tapi start berurut hari ke 7. hehe. lambat sikit sbb bidan ada hal lain.

OMR;
hehe.. TF Sr dan TF Jr pun apa kurangnya. encem!