Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 26 Mei 2011

Sebangan Old Town Kini Hanya Tinggal Kenangan

Tak lama lagi hari Gawai..
Kalau kat kampung saya.. Pasar Sebangan ni lah yang akan jadi pasar yang paling busy..
Walaupun hanya deretan 12 buah kedai.. memang cukup hapening...
Riuh rendah dengan gelak ketawa.. dan semuanya nampak begitu gembira.

Tapi.. menjelang beberapa hari lagi untuk sambutan Hari Gawai 2011..
Seluruh kampung dan warga sebangan terkejut dgn berita.
"PASAR SEBANGAN HANGUS DIJILAT API???"

(gambar sumber daripada : http://www.theborneopost.com/?p=132982)

(gambar sumber daripada : http://www.theborneopost.com/?p=132982)

oh... sedihnya..
Masih terbayang keseronokan Easter berlari kesana-kesini..
dan.. keseronokan Sayang memilih ketam favouritenya.. murah tau ketam kat sini..
1kg = Rm8 - Rm15 (bergantung pada saiz).
kenapa murah? *dekat dengan laut dan kenal dengan tauke2 ye..
ye.. tauke kat pasar ni memang mengenali saya dan keluarga.

Meh nak flash back apa keistimewaan Pasar Sebangan ni..

(gambar sebelum kejadian)
(gambar sumber daripada : http://www.theborneopost.com/?p=132982)
  1. Pasar koboi
  2. Tauke dia very friendly.. berpuluh tahun menetap di Sebangan tapi still tak tau bercakap Iban. hehehe..
  3. Hasil laut yang sangat fresh.. *Sayang suka ke Sebangan cari Ketam dan Udang
  4. Ikan masin kat sini pun best.. baru dan gemuk2 ikan masinnya..
  5. Kat sini jugak org kampung menjual hasil pertanian spt padi, getah, lada hitam/putih, kelapa
  6. Dikira sebagai centre zone utk warga sebangan
  7. Barang2 agak mahal.. tpi boleh tawar punye..
  8. Hanya ditutup semasa Chinese New Year. (1 hari je rasanya)
  9. Walaupun ia adalah pasar dan kedai kaum cina.. Tpi pelanggannya Melayu dan Iban.. (1 Malaysia sungguh!)
  10. Kalau musim buah durian.. fuhhhhhh.. takde dah kaki 5. semuanya penuh durian.

nanti dibina pasar baru.. adakah suasana masih sama?


3 ulasan:

♥Mrs.Eady♥ berkata...

alahaiiii...terbakar??

Admin berkata...

Tiap2 tahun mesti beraya gai sebangan.. kala ga meda pasar tuk..

Fatihah berkata...

e'eh.. sori "admin" atas nya akaun utk blog lain... hihiii