Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Sabtu, 13 November 2010

10 'Kelebihan' Sejenis Minuman Bergas

Jenis apa minuman bergas yg saya maksudkan? Takmo la cakap kat sini. Tak pasal2 nanti saya kena saman. hehhee... ni pun saya dapat dari emel. takde pulak bukti. pepun, nak share jugak. kot2 ianya betul. psssttt: sebab saya pernah suka minuman ni la saya nak share.. uwaaa!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan ni.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon minuman ni untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

  1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi minuman ni, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
  2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air minuman ni dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam minuman ni. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
  3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan minuman ni. Kesannya karat hilang!
  4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin minuman ni pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin minuman ni, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin minuman ni dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan minuman ni dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
  8. Bahan aktif minuman ni adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap minuman ni dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa minuman ni siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
  9. Para pengedar minuman ni telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
  10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin minuman ni. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah



Tiada ulasan: