Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 27 Oktober 2010

Hello Bos! Tengok la nasib kami ni Bos..

Hello Bos... saya ada permintaan untuk bos ni.
..Kasihanilah kami penduduk Sebangan.. hanya ini yang ada..
-
-
-
Bos.. ni gambar sekitar thn 2000: Kebun Lada (yg diproses jadi lada hitam/putih)
Panorama di belakang tuuu.. cantik kan? itulah kawasan Hutan Selabu
Sebelum 'kejadian balak'.. kawasan ni still cantik mcm tu.. Bos tau kan??
-
-
-
Bos mesti pernah tengok bukti ni..
Hutan Sebangan telah digazet sebagai tanah NCR sejak 1956
-
-
-
Bos!!!
Gambar 2010: Jabatan Hutan telah mengeluarkan lesen pembalakan ke atas hutan Selabu
Ape kes ni Bos???
-
-
-

Mereka membantah lah Boss!!! (tapi siapalah mereka ni kan Bos.. )
-
-
-
Bagaimana dengan masa depan penduduk kampung ni ye Bos?
-
-
-
Bila bantah cara baik. Tapi Bos berkeras.. Ni la jadinya.
Bos kata Bos kerugian RM2 Juta.
Betul ke Bos??
-
-
-
Ketua serah diri. penduduk gelar SEBANGAN SEVEN.
terangnya warna baju yg dipakai ni..
Terima kasih.. baiknya layanan Bos kat rakyat kampung ni kan?
-
-
-
Alamak bos.. ramainya orang datang. Siapa mereka ni Bos.
Bos kenal ke?? Mereka kata nak bagi sokongan kat SEBANGAN SEVEN
eh Bos.. dimana Bos?? hello.. helooo
-
-
-
Ni la Sebangan Seven tu.. dah bebas dah..
Dua daripadanya datuk saudara saya boss..
Mereka kena lapor diri semula kat Balai Polis 25 Nov ni
-
-
-

apapun bos..
berikanlah pertimbangan yang terbaik
bos orang yang bijak pandai...
org kampung ni jauh ketinggalan berbanding bos..
tak kira dari segi pelajaran, harta dan kedudukan
-
-
-
kami hanya mahukan hak kami
Tanah Hak Adat Bumiputera kami

bos tetap menang..
semoga bos tak lupa
setiap hari bos turunkan tandatangan di surat
mesti bos terbaca
"1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"

1 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

cantiknya pemandangan dekat gambar first pic tu..