Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 9 Julai 2010

Ujian Pap Smear

Entry lama ni. tapi nak letak jugak.
Sebelum ni Syl tak pernah buat ujian pap smear walaupun Easter dah berumur 3 tahun. Tapi selepas keguguran bulan October 2009. Syl baru terfikir nak buat Pap Smear. huhuu.. kengerian pun bermula.
29 Mac 2010;
Appoinment dibuat. Menurut nurse LPPKN yg jawab call haritu, pap smear sesuai dilakukan Day 15 @ hari ke-15 dari hari pertama kita period. Kos buat pap smear di LPPKN hanya RM25 sahaja. Tapi atas nasihat encik hubby, Syl buat kat Pusat Pakar Wanita Zalina sebab kat klinik ni dah ada rekod kesihatan Syl. Apalagi,,, melayang la RM. huhuhu..
Rentetan cerita semasa buat pap smear
* doc, saya segan la
* ala.. dah kerja kami. (sambil senyum)
* sakit tak doc?
* tak sakit lah. nyamuk gigit lagi sakit.
* doc sorang je tgk kan?
* iye.... (sambil sediakan peralatan) .. awak baring dan lembutkan badan awak.
5 minit kemudian,
* eh dah siap ke doc?
* dah. kejap kan? mana de sakit
* betul ke dah siap (doc jgn la lempang aku)
* betul. nanti result dlm 3 hari je.
1 April dah dpt result. syukur semuanya normal. :)
SEDIKIT INFO:
"Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.
BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.
Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)
Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.
MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.
DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.
APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU SEMASA UJIAN TERSEBUT
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"

3 ulasan:

syayassir berkata...

memang kan sylvia?
tak perasan je dah settle...
dan, tak sakit pun.. :)

Lady of Leisure berkata...

lady nak buat tapi tak terbuat lagi asyik tertangguh jer..
:(

Myluv - Syl berkata...

syayassir;
betul. sape ntah yg kata sakit. hahaha.. kita sendiri yg buat spekulasi -ve sebenarnya.

lady;
kes tangguh mcm ni la yg melambatkan syl. hahaha. baik buat cepat. pastu rasa lega semacam je. :)