Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 3 Jun 2010

Nak buat apa cuti sekolah ni??

Esok dh start cuti sekolah. kalau kat sarawak. dorang direct cuti 3 minggu. kat semenanjung je 2 minggu. tak aci tul. (edisi tak puas ati sebab tak dapat sambut Hari Gawai). Apakata orang Dayak reramai dok semenajung ni. Leh la kita tambah cuti peringkat nasional. kan kan kan!

Actually, saya ingat cuti seminggu je. sebab tu hnya apply cuti 2 hari minggu dpn. rupa2nye sekolah cuti 2 minggu. walaaaaaaaaa,, lama giler cuti. hasben nak buat apa cuti lama2 kat rumah ni yer. Dia tak cakap pun nk gi mana2.

tapi kan tapi kan.. saya dh book encik hubby utk tgk wayang citer "Lagenda Budak Setan". padan muka encik hubby. dia bukan suka citer jiwang2 ni. Tak sabar nk gi panggung. Semoga filem ini tidak mengecewakan kami si peminat setia novel AHADIAT AKASHAH.
Lagenda Budak Setan


(harap2 Farid Kamil menjiwai watak Kashah. Tapi rasanya dia layak)

(cantiknya Lisa. sesuai dengan watak Ayu)

(Fazura sebagai Katerina - watak perempuan yg cantik. Memang sesuai)

p/s: pas tgk filem ni, nanti saya bagi komen yer.. cdg nk tgk next week. maybe hari Khamis atau Jumaat.

2 ulasan:

mrs.krie :O) berkata...

uwaaaaa...hancur hati aku....sukeri tak bagi g tgk arini....hormat orang g solat jumaat katanya...kalo nk g hari lain, time lain dia tak kisah......uwaaaa...bila la aku nk tgk ni:9 kalo ko tgk dulu t cite ek...

Lady of Leisure berkata...

cantik lisa tu kan.. suka tengok dia dalam adamaya gak..
:)