Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Sabtu, 22 Mei 2010

Penjagaan Pakaian Jeans

Saya suka sangat pakai jeans. sekarang ni saya tgk Easter pun ada ciri2 yg sama. nak keluar rumah mesti nak pakai jeans. kadang2 dia siap simpan jaket jeans dia dlm handbag saya. kot2 nanti dia nak pakai masa kuar. tu baru umur 3 thn. belum lagi umur 13 thn atau 23 thn. hehehe.. habislah.. pepun, harini saya nak cite cara-cara penjagaan jeans. terutama yg harganya beratus. tersangatlah sayang kan kan kan!!

Sekiranya anda hendak menjaga pakaian jeans supaya tak lusuh...
  1. Basuh lah dengan pencuci jenis liquid cam dynamo (ter'pomot' la plak). kalau takpun, basuh dengan shampoo rambut pun ok. (kalau adik saya, dia cuci kete pun guna shampoo rambut). tapi jgn lah dicurah terus ke kain. curah dulu kat dlm air.. pastu baru rendam/basuh baju/seluar dan jgn rendam terlalu lama.
  2. Basuh jeans secara terbalik - ini adalah untuk mengekalkan warna pada jeans tersebut. Dan sebaik2 nya, basuh jeans secara berasingan pada basuhan pertama kali.
  3. Jangan gunakan dryer untuk keringkan jeans - sebaiknya hanya gunakan kaedah towel dry atau gantung tanpa terlipat (gunakan penyepit baju) untuk mengelakkan mana2 bahagian jeans berlipat.
  4. Jgn jemur baju/seluar kat tempat yg direct kene cahaya matahari. cari tempat yg redup sket.. cam tempat yg berbumbung.. terbalikkan baju seluar tersebut inside out
  5. Kalau jeans anda jenis kepala kain atau vintage dicadangkan jgn sidai kat luar rumah. bukan takut warna jadi lusuh.. tpi takut hilang terus. hehehe..
  6. Baca tag baju/seluar tu.. camner nak basuh dia... kalau dia cakap dry cleaning recommended.. jgn ler rendam lame sangat. (nangis nanti).
(gambar hiasan jerr)

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

wah banyak juga peraturan jaga jeans yer thanks for sharing lady kalau jenas ni slalu main taram jer hehehe

Myluv-Sylvia berkata...

hahaha.. tak de lah byk sgt peraturan. simple je. nak ikut resepi masakan lady lagi rasa susah. :P