Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 6 April 2010

Ultraman

(Easter sibuk dengan patung Ultramannya)
Nama yg mama pilih ialah Easter, sebab dia lahir pada bulan Easter. Papa dia pulak berkenan dengan nama Cassandra. So, bila digabungkan kedua-dua nama ni. Jadilah nama dia EASTER CASSANDRA. Nama yang manis dan nampak ayu. Tapi anak mama ni kurang berminat mainan perempuan.. hanya Ultraman pujaan hatinya. hahaha
Kenapa Ultraman? Mungkin disebabkan ultraman mempunyai sikap yg baik dan begitu menyayangi kanak2. Hero yg begitu baik pada pandangan mata kasar mama. Cuma Ultraman agak kasar sikit sebab selalu bertarung dgn raksasa.
Apapun yg Easter minat, mama tak kan halang. Asalkan tidak memudaratkan. Yang penting sekali anak mama gembira. :-)
psstt: Easter akan menangis/meraung kalau ultraman dia kalah. hahahaha... pernah ke ultraman kalah?
(Tengok tu.. baju pun Ultraman. hahahaha)

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

wah banyaknya koleksi ultraman dia heheheh

Myluv - Syl berkata...

hahaha lady, tu koleksi yg masih 'sihat + sempurna'.. :P