Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 11 April 2010

Pegawai Perancang Bandar dan Desa

(Kenapa mata saya merah? Hanya Tuhan yang tahu)

Ramai yang tak tau jawatan ini.
sebab, setiap kali orang tanya kerja saya, dan saya jawab "pegawai perancang bandar".. mesti mereka kerut kening kejap, pastu balas balik, "oh.. DBKL tu ye." hahahha.. kesian kitaorang ni.. sinonim dengan DBKL je. takkan la semua yg kerja DBKL tu town planner.

Kalau mak saya lagi best.
Bila orang kampung tanya dia, anak awak si Sylvia tu keja apa? dia akan jawab "perancang bandar.. ala, yang susun-susun bangunan dalam bandar tu.. yg buat jalan dan bla bla bla.." hehehe.. sengih je saya mendengarnya..

Tapi ayah saya jawapan dia hebat. dia akan kata, "My daughter is a Town Planning Officer or PO gred J41" siap gitau gred utk memudahkan org faham kot. tapi ada jugak yg tak faham... PO tu sama dengan DO ke?

ohh.. bukan senang nak jelaskan pada orang pekerjaan saya ni. Pegawai Perancang Bandar dan Desa tugasnya luas. buat masa sekarang saya ditugaskan di Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Tengah (Kuala Lumpur), di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia dan bukannya di DBKL yea.

(Semasa bertugas sebagai urusetia Hari Perancang Bandar Sedunia - PWTC)

Bertugas di Pejabat Projek saya terlibat dengan penyediaan Rancangan Kawasan Khas dan Rancangan Tempatan. Memang best buat projek perancangan seperti ini. Tapi ia bukanlah perkara yang mudah malah selalu kena maki hamun penduduk. Setiap hari ada saja yang akan saya pelajari. Terutama dalam merancang rumah ibadat bukan Islam, tanah perkuburan, perumahan, dan kemudahan awam.. tersangatlah susah nak memenuhi semua keperluan penduduk dengan pelbagai kehendak dan halangan.

Apapun, semoga saya mampu menjadi seorang perancang bandar yg baik dan memegang serta menunaikan amanah yang diberikan.

4 ulasan:

Lynn Nasir berkata...

hoho..apai awak sgt hebat! :)

yer, semoga sukses selalu..aja! aja! fighting!!

Myluv - Syl berkata...

hahaha.. apai saya memang mcm tu. :)
thanks.. semoga kita sama2 sukses dalam apa shj bidang yg kita ceburi.

Lady of Leisure berkata...

hehe...comelnya apai myluv... hebat betul dia... sebab itu anaknya pun hebat... selamat menjalankan tugas... :)

Myluv - Syl berkata...

ah Lady..
thanks sebab sudi singgah.
hahaha.. kenyataan lady buat saya segan. saya ni makan gaji jer.. lagi best kalau mcm lady. boleh keliling dunia.. nanti lady amik gambar banyak2 tau.. suke tgk blog lady. :)