Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Sabtu, 3 April 2010

Demam oh demam

Malam tadi Easter demam. Mula tu ingatkan dia sakit perut. Sebab asyik merengek. So, sapu minyak angin je. Tapi tiba-tiba dia muntah. Panik kejap.. 2 kali dia muntah. nasib baik sempat bawa ke toilet. kalau tak busuk la tilam si Easter tu.
(gara2 demam, Easter baling je botol susu dia ni. biasanya 5 minit dah licin)
Pagi ni, check suhu. 40 darjah. iskkk.. tingginye. cepat-cepat masukkan ubat masuk ikut 'montot' tu. Easter meraung kata sakit. lorr... lom masuk lagi dah kata sakit. Bila dah masuk tu. dia diam je. Alahai anak mama..
Bila Easter merengek je. Saya tidak akan leka. Tindakan akan diambil.
  1. Saya akan ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Setiap bacaan akan diingat.
  2. Seterusnya baringkan Easter di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Teringat pesanan my auntie yg keje nurse (Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.)
  3. Jika suhu badan badan melebihi 40 darjah C, saya akan lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya.
  4. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C.
  5. Saya tidak gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi. (lupa dari mana dapat info ni)
  6. Seterusnya saya bagi je parasetamol.
  7. Kalau demam tak ok, saya akan bawa Easter ke klinik. Pernah sekali demam Easter belarutan lebih seminggu. Terus bawa dia check darah. Nasib baik takde apa2 melainkan hanya sedikit jangkitan dan dia perlu berehat (tak dihantar ke taska selama seminggu).
(Setelah 1 jam diberi ubat, Easter bawa basikal dia dengan ceria. )

Tiada ulasan: