Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Sabtu, 13 Mac 2010

Yes!! Dapat Peluang Belajar Manik

(Group ni yang paling cepat nak balik masa kelas manik haritu)

Setelah beberapa bulan menyimpan angan-angan untuk belajar menjahit manik. Akhirnya papa memberi keizinan untuk saya belajar jahit manik. Thanks papa. I Lap U..

Mulanya papa agak keberatan nak bagi. Yuran mahal katanya. Ala, lebih kurang macam kos papa sewa gelanggang badminton 2 kali seminggu selama sebulan la. mana ada mahal. papa sewa court tu lagi mahal. hehehe, fakta inilah yg menyebabkan papa bagi 'green light'. YESS..

Hari yang ditunggu telah tiba. Kelas kat Kg. Baru. So, saya naik LRT jela. Sampai je kat stesen LRT Kg Baru.. baru perasan. Mana teksi? Tak nampak pun. Last2 jalan kaki je. Walaupun asing sungguh suasana Kg Baru tapi saya berjaya sampai ke destinasi dengan selamatnya berkat mulut yg peramah bertanya di mana Pejabat Pos Jalan Raja Alang.. ahakkss..

Komen mengenai kelas menjahit manik. Keseluruhannya memuaskan. Saya telah belajar banyak teknik jahitan manik dalam tempoh masa yang singkat (1 hari je). Sebainya kena gak hadir kelas lanjutan. Tpi buat masa ni saya nak mahirkan diri dengan jahitan manik yg biasa-biasa dulu. Ada peluang, saya akan belajar jahitan manik yg berbunga-bunga la pulak. Mesti mengerlip baju kurung nk gi opis nanti. hehehe..

Tiada ulasan: