Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 31 Mac 2010

Saya benci ROKOK

Pagi ini saya bangun dengan perasaan yang sangat 'down'. Kenapa lah agaknya momentom saya pagi-pagi lagi dah begitu. Lama termenung di bilik air. Terasa sedih... Agaknya terlalu banyk perkara yang saya fikirkan. Semuanya tidak memuaskan hati. Atau sebab saya terlalu membesar-besarkan sesuatu perkara.

Saya tidak sukakan rokok. Setiap kali terbau rokok saya akan jadi pening. Malah saya tak suka duduk dengan dengan sesiapa yg baru habis merokok. Maaf, tetapi pada pandangan peribadi saya. Mereka yang merokok ni tersangatlah busuk. Rasanya salah satu sebab saya pening adalah sebab saya menahan muntah. Apa yang sedihnya, sampai sekarang papa tak berhenti merokok. Adakah papa tak tau betapa bencinya saya pada rokok? Dari dahulu lagi malah sebelum kahwin lagi saya minta papa berjanji untuk berhenti merokok. Ye, memang papa berhenti merokok di hadapan saya. Tapi di belakang? Papa pun sedar kan. Saya tetap akan perasan papa merokok walaupun jarak masa papa merokok tu dah lebih dari 5 jam. Hidung saya sangat sensitif kalau bab rokok ni. Boleh migrain saya dibuatnya.

Ketika balik kampung, dua adik lelaki saya tu pun merokok. Geramnya! Tapi untuk budak dua orang ni saya main cakap lepas je. Boleh marah secara direct. Tapi hasilnya tetap sama. Diaorang masih merokok sampai sekarang. Walaupun kami pernah bergaduh gara-gara mulut lancang saya yang melahirkan kata-kata yang begitu menyakitkan hati berkaitan dengan rokok. Bila dah berbaik semula, diaorang kembali ke habit buruk tu – merokok. Huhhh!!!

Search punya search.. saya dapat satu contoh karangan UPSR dari sorang budak. Tak tau nama dia. Tpi saya amik dari web http://upsr.net/show.php?n=8302&t=Keburukan_merokok_by_Daisy_Duck,_Donald_Duck.html

TAJUK KARANGAN: KEBURUKAN MEROKOK
Semua orang, mahu pandai atau bodoh tahu akan keburukan merokok. Merokok mendatangkan bahaya kepada diri, orang lain dan negara.
Tabiat merokok menjejaskan kesihatan diri dan kecantikan diri. Orang yang merokok giginya hitam macam arang. IQ nya juga lebih rendah. Disamping itu, dia sering sakit dan mati awal.

Merokok juga membazir duit. Duit bukan senang dicari, tapi senang dibazirkan dengan membeli sekotak rokok yang semahal RM8.00. RM8 boleh digunakan untuk menanggung perbelanjaan makanan satu orang miskin selama dua hari.

Tabiat merokok juga boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan orang lain. Bapa (atau ibu) yang merokok bukan sahaja selalu sakit, malah juga dengan anak-anak mereka yang terpaksa menghisap rokok sekunder.

Merokok mendatangkan masalah sosial. Tujuan menaikkan harga rokok untuk menjauhkan orang ramai membeli rokok. Namun usaha ini gagal separa kerana terdapat segelintir orang yang kurang ajar.. Mereka mencuri dan merompak demi mendapatkan duit untuk membeli rokok yang semakin mahal.

Para bapa, guru dan pensyarah diharap menjadi teladan yang baik demi melahirkan generasi muda yang tidak merokok. Jauhi rokok, tingkatnya produktiviti.

(Komen saya: boleh tahan karangan ini. Banyak idea dia. Terubat rasa sedih bila membacanya)

4 ulasan:

fisa othman berkata...

dulu fisa memang tak kisah bau rokok tapi sekarang ni tak tahan dengan bau rokok...alhamdulillah hubby tak merokok...;)

Lady of Leisure berkata...

betul tu lady pun tak tahan bau asap rokok... kalau perut tengah kosong kemudian terbau asap rokok, boleh pening n muntah jadinya heheh

Lynn Nasir berkata...

sgt seronok membaca karangan yg telus dan direct to the point ni, haha! mmg lega..

syarat utama sy mencari suami ialah islam dan tidak merokok..hari2 doa minta pd Tuhan..akhirnya dpt jodoh terbaik utk diri saya :) syukur!

p/s: berdoalah supaya suami berubah dan lembut hatinya utk memahami dirimu :)

Myluv - Sylvia berkata...

thanks..
memang susah nak mengubah sikap seseorang. inilah cabaran terbesar bagi diri saya. saya still tak dapat mengubah sikap merokok suami yg tersayang. :(