Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Sabtu, 6 Mac 2010

Rindu Apai

(Apai ku tetap dgn gayanya walau dimana dia berada)

Tiba2 lahir perasaan rindu pada Apai (ayahku). Maybe masa ni Apai sedang duduk berehat menikmati secawan teh sambil memerhati Indai (mamaku) memasak. Kedutan di muka Apai makin ketara.

Dulu Apai seorang Guru Besar. Kini Apai dah bersara. Tapi Apai memang rajin. Dia masih nak bertani. Membanting tulang di huma dan turut mempunyai kebun kelapa serta buah-buahan. Setiap kali balik kampung, saya sentiasa seronok melihat hasil kerja Apai yg seperti tidak pernah mengenal erti penat. Kalau org lain, bila dh pencen. ramai akan kata nk berehat dan taknk kerja berat. ermm.

Teringat masa saya masih belajar. Saya suka beri tekanan pada Apai. Maafkan saya Apai. Saya memang nakal. Dan memeningkan Apai. Tpi akhirnya saya dh berjaya kan Apai? Saya gembira kerana dapat buat Apai rasa bangga bila bercerita pasal saya di hadapan kawan2 Apai.

Saya selalu melihat kegigihan Apai. Saya masih ingat Apai yg akan buatkan sarapan dan minuman susu saya setiap pagi dari darjah 1 hingga darjah 6. Sekolah menengah, saya duduk asrama. dan Apai jugak yg hantar saya ke sekolah setiap kali saya balik hujung minggu.

Apai bukan seorang yg tahu berfesyen. Malah Apai tak suka kalau org komen fesyen dia. hahaha.. takpe Apai. Itukan dah gaya Apai.

Indai kata Apai dulu seorang yg lembut. Apai jadi garang setelah bertahun-tahun menjadi cikgu serta berhadapan dgn murid2 yg nakal. Sekarang ni, hasben saya pulak cikgu.. dia pun berhati lembut seperti Apai. :)

Tiada ulasan: