Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 25 Februari 2010

Rumah Panjang Kampungku

Kalau kat Sarawak, takde yg aneh bila disebut rumah panjang. Tapi di Semenanjung bnyk anggapan mengenai rumah panjang. Apapun, saya berbangga menjadi anak Iban. Apai saya berasal dari Rumah Panjang Ensika. Sebuah perkampungan yg sangat cantik dan mendamaikan.

(Inilah rumah panjang dimana Apai saya dilahirkan)

Rumah panjang biasanya daripada 10 buah 'pintu' /'bilek' atau mungkin lebih panjang lagi. Rumah panjang yang you all tengok kat atas mempunyai lebih daripada 30 'pintu'/'bilek'. Setiap 'pintu'/'bilek' adalah mewakili 1 keluarga. Pepun, jgn la salah anggap yg rumah panjang ni terdiri daripada sebuah rumah yang besar dan dipecah kepada bilik2 yg kecil. heheh.. mcmne saya nak eksplain ni. ohh.. cuba bayangkan rumah teres. haa!! mcm tu la rumah panjang sebenarnya. cuma bezanya, setiap blok rumah panjang ada balkoni yg dikongsi bersama. fungsi balkoni atau 'ruai' ni banyak. antaranya, ia akan digunakan semasa majlis perkahwinan, perayaan Gawai Dayak, kematian etc.

Setiap rumah panjang ada ketuanya yg dipanggil 'Tuai Rumah'. Peranan Tuai Rumah ni sama seperti Ketua Kampung. Tuai Rumah berperanan menjaga dan mengawal penduduk rumah panjang termasuklah berkenaan dengan adat resam.
('ruai' yg saya ceritakan tadi)

(another 'ruai')

Tiada ulasan: