Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 24 Februari 2010

rahsia?? tidaklah... :-)

Pagi-pagi lagi ada senior di pejabat tanya apa rahsia saya menjaga kulit. Apa la yg rahsianya. saya guna produk murah je. Dan kulit saya jenis normal. Dulu kulit saya jenis campuran. Normal di pipi tetapi berminyak di dahi. susahkan kalau dpt kulit jenis campuran ni. Keliru masa nak beli produk kecantikan.

Tpi kali ni saya nak introduce produk-produk yg saya gunakan. Bukan tujuan nak menunjuk bagai. Hahah.. nak tunjuk apa. Produk yg saya gunakan semuanya murah dan senang diperolehi. Hihihi..

Penjagaan Rambut:
Saya tak cerewet dlm soal penjagaan rambut. Biasanya main belasah je klu pilih shampo dan perapi. Pepun, saya akan tunjukkan juga jenis shampoo dan perapi yang saya guna sekarang.

Yang ni saya beli kat kedai saloon di Kuching. Produk ni dia sarankan saya beli untuk menjaga kelembapan rambut. Dia kata kalau guna sekali seminggu, leh tahan sampai 3 bulan. Tpi sebab saya guna sebulan sekali (tu pun kalau teringat).. ia tahan sampai 2 tahun.

Selain tu, saya suka letak santan basi. Petua yang dikongsikan oleh sahabat saya Puan Rohaya (Ray). Petua ni diamalkan oleh nenek dia. Caranya, picit santan dan biar semalaman sampai basi. Pasti sapu kelodak santan yg basi tu dah letak kat rambut. Biar selama 15 minit. Ray kata nenek dia biarkan sampai 1-2 jam. Heheh.. akak tak sanggup. Fungsinya: rambut jadi hitam dan sihat. Lambat tumbuh uban.
sumber: trendy.rasyid.net
Penjagaan kulit muka:
Penjagaan kulit muka saya hanya menggunakan pencuci muka sari mentimun. So far ok. Saya berpuas hati. Dan kulit saya bersih dari jerawat.Seminggu sekali saya akan guna masker bengkoang mustika ratu. Dalam banyak2 masker, saya suka bengkoang. Masker ni kena campur dengan air bunga ros atau mentimun. Tpi saya just campurkan dengan air biasa. Selain masker. Saya suka gak guna bedak sejuk. Bedak sejuk ni ada yg saya beli masa bercuti di Langkawi. Yg lagi satu lagi adalah pemberian Ustaz semasa saya kena chicken pox. Thanks ya Ustaz. Dia bagi sekali dengan kunyit hidup. Klu nk guna bedak sejuk. Saya akan campurkan sedikit dengan kunyit. Fungsinya saya tak tau. Adalah tu kot. Utk kecantikan jugak le.

Krim kecantikan safi ni saya guna sejak kat U lagi. Bermula sekitar tahun 2004. Dah masuk 6 tahun guna. So far. ok. Mula-mula agak berminyak. Lama-lama ia jadi serasi dengan kulit saya. Kulit jadi cerah dan licin. Tak caya ke? Sebelum tu, saya suka guna produk Temulawak. Tpi muka jadi putih sangat. Macam pelik jadinya. so. Memandangkan safi ni murah dan senang didapati. Saya akan teruskan menggunakan krim safi selagi ianya serasi dengan kulit saya.
Oye. Bulan penghujung Julai tahun lepas saya kena chicken pox. Bila tengok cermin. Bagaikan nampak satu lembaga asing yg menakutkan. Sedihnya tengok muka mcm ni. Lama jugak muka berparut hitam. Kat opis ramai yg bagi simpati. Kata mereka.. “kesian, dahle syl ni kulih cerah. Terang benderang tompok hitam tu”.. sedihhh... pepun.. thanks kat Puan Rosmizawati. Dia cadangkan saya guna produk bio-oil. Mulanya tak percaya. Tpi bila dah 2-3 kali dia kata mcm tu. Tergerak hati nk beli dan guna. Beli yg kecik ke. Setiap hari guna. Tpi hasilnya.. tadaaaa!!! cukup memuaskan. Kembali normal dlm tempoh 3 bulan.

Untuk produk bio-oil ni. Saya teruskan penggunaan sampai sekarang. Saya guna sebagai pelembap sebelum sapu krim safi. Pas sapu safi, sapu bedak padak pulak. Untuk bedak padat saya guna produk maybelline. Biasanya saya guna bedak silky girl je. Baru2 ni silky girl habis stok. So rembat je maybelline ni. Ok je. Cuma agak cerah sikit memandangkan saya teramik yg No. 1. patut amik No. 2 je kan. Kulit saya bukannya putih sangat.

Produk makeup, saya ringkaskan disini:
blusher : avon
eye shadow : silky girl
mascara : silky girl
lipstic/glossy : silky girl
eye liner : silky girl
Ok la..

ada masa nanti saya akan update cara-cara saya menjaga kesihatan kulit dan rambut. Nampak je susah. Tpi sebenarnya mudah.

Tiada ulasan: