Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

Hisap Botol Susu Sambil Tidur.

Setiap kali Easter ke klinik dia akan jadi bahan ketawa si Doktor yang merawatnya. Saya dan Papa pun tumpang ketawa kerana berasa lucu bila melihat Easter tersipu-sipu malu. Kesian anak Mama. Maafkan Mama sayang. Mama tak tau inilah kesan akibat bagi Easter hisap susu sambil tidur.

Segalanya bermula ketika Indai (my mum) menjaga Easter ketika masih baby. Si Easter ni kuat menangis dan enggan tido kalau takde susu dlm mulutnya. So, cara mengatasi Indai mencadangkan saya membiarkan Easter tidur sambil menyusu botol. Kalau kita keluarkan puting tu dari mulutnya, Easter akan melalak menangis. iskkk. Utk puting susu Easter, saya guna puting 'Y' dari Pigeon bagi mengelakkan Easter tersedak susu masa tidur.

Hasil hisap botol susu sambil tidur - baru berusia 3 tahun.. dah hilang beberapa batang gigi di hadapan. Bukan setakat doktor yg gelakkan Easter. Setiap org yg melihatnya pasti akan berasa geli hati. hehehe..

Doktor kata, susu yg easter minum mengandungi gula. so, gula tersebut telah merosakkan gigi Easter. Semoga ibu2 muda tidak akan mengulangi kesilapan yg saya telah lakukan ini. :-(

nota: risau Easter sakit gigi.

(Walaupun takde gigi, saya tetap comel kan?)

Tiada ulasan: