Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

Antu Pala Hanya Tinggalan Sejarah Kami

(sumber: http://www.bizniz87.wordpress.com )

Tidak semua rumah panjang di Sarawak memiliki antu pala. Antu pala ni sebenarnya tengkorak manusia yg dipenggal oleh Kaum Iban suatu ketika dulu. Namun ianya telah diharamkan sejak zaman jajahan Rajah James Brooke lagi. So, jgn le risau nk ke Sarawak atau rasa ngeri nk berkawan dengan orang Iban. hahha..

Suatu ketika dulu, memiliki Antu Pala ni merupakan satu kebanggaan serta lambang keberanian, simbol kelelakian dan martabat sosial. Kononnya jika seseorang itu memperolehi antu pala.. dia akan menjadi kegilaan gadis2 kerana keperkasaannya. ohh.. Agak kejam bunyinya. Sejarah akan tetap tinggal sejarah.

Seingat saya, rumah panjang (Rumah Panjai Ensika) dimana apai saya dilahirkan still ada 3 Antu Pala. Ianya digantung di 'Ruai'. So, setiap tetamu yg datang boleh tengok secara percuma. Tidak ada yg menakutkan. Entahla.. tpi saya ingat lagi zaman kanak2 saya yg gemar berkejaran di bawah Antu Pala tu. Suatu hari nanti saya akan tunjukkan pada Easter kewujudan Antu Pala di kampung datuknya. Semoga Easter akan tahu asal usul bangsa kami dan tidak malu untuk mengakuinya.

Tiada ulasan: